PENGARAH : Syed Hussein Syed Mustafa (Sein)
TERBITAN : Tayangan Unggul
PENERBIT EKSEKUTIF: Gayatri Su-Lin Pillai
PENERBIT BERSAMA : Hazil Izham Ismail
KLASIFIKASI : 18
PELAKON : Adi Putra, Namron, Hans Isaac, Khir Rahman, Zul Huzaimy, Bell Ngasri, Natasha Hudson, Nadia Heng, Daniel Wong, Komeng, Collan Koo & Zalif Sidek
"Langgar" mengisahkan Nizam (Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan di atas kematian isteri tercinta, Aina (Nadia Heng) serta anak di dalam kandungan isterinya akibat dibunuh dengan aibnya oleh sekumpulan gengster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Seorang demi seorang mereka yang terlibat dalam pembunuhan tersebut mesti dihapuskan dari muka bumi ini. ITU JANJI NIZAM.
Nizam diperkenalkan kepada geng Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), kawan lamanya. Geng Radzi adalah antara gengster digeruni kawan dan lawan, menjalankan perniagaan kelab malam, dadah dan pinjaman wang tanpa lesen. Setelah diuji oleh Loy (Zul Huzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menjadi sebahagian daripada geng Radzi.