Current song:
  • TeminFM

    Muzik Pilihan Anda, Hiburan Masa Kini. "Ate Mohh Le Kite Dengor Wehh.."

  • TeminFM RadioNET

    Bukan Semata-Mata Radio, Tetapi Juga Mampu Untuk Membawakan Secara Langsung (LIVE) Di Mana Jua Majlis Anda Berada.

  • Langgar

    Nantikan Kemunculan Filem Langgar Yang Bakal Di Tayangkan Pada 11 April 2013 Di Pawagam - Pawagam Berhampiran Anda.

  • Follow Di FB & Twitter

    Jom Follow TeminFM Di Facebook & Juga Di Twitter. Ikuti Perkembangan & Dapatkan Info-Info Terkini Bersama Kami Setiap Hari.

  • Husin, Mon & Jin Pakai Toncit

    Saksikan Filem Husin, Mon & Jin Pakai Toncit Di Pawagam - Pawagam Berhampiran Anda.

  • T-Shirt Edisi Ke-2

    Dapatkan Segera T-Shirt TeminFM Edisi Ke-2.

  • Nagasari

    Dapatkan Segera Album Terbaru Kumpulan Nagasari yang Telah Pun Berada Di Pasaran. Hanya Dengan Harga RM 16.90.

  • Untuk Kamu

    Nntikan Single ke 3 Lynnzay Affandy

  • SNIPERZ

    Nantikan Kemunculan Album Mereka Tidak Lama Lagi Di Pasaran.

  • Ewan Azhar

    Nantikan Kemunculan "SINGLE PERTAMA" Ewan Azhar Yang Bertajuk "PERCINTAAN LALU" Tidak Lama Lagi.

  • TeminFM @ Tunein

    Muat Turun Segera Aplikasi Tune In Dan Terus Dengarkan TeminFM Melalui Telefon Bimbit Anda.

Next
Previous

Sinopsis Filem LANGGAR

TARIKH TAYANGAN : 11 April 2013
PENGARAH : Syed Hussein Syed Mustafa (Sein)
TERBITAN : Tayangan Unggul
PENERBIT EKSEKUTIF: Gayatri Su-Lin Pillai
PENERBIT BERSAMA  : Hazil Izham Ismail
KLASIFIKASI : 18
PELAKON : Adi Putra, Namron, Hans Isaac, Khir Rahman, Zul Huzaimy, Bell Ngasri, Natasha Hudson, Nadia Heng, Daniel Wong, Komeng, Collan Koo & Zalif Sidek

"Langgar" mengisahkan Nizam (Adi Putra) yang ingin menuntut keadilan di atas kematian isteri tercinta, Aina (Nadia Heng) serta anak di dalam kandungan isterinya akibat dibunuh dengan aibnya oleh sekumpulan gengster. Nizam ingin mencari darah sebagai galang gantinya. Seorang demi seorang mereka yang terlibat dalam pembunuhan tersebut mesti dihapuskan dari muka bumi ini. ITU JANJI NIZAM.

Nizam diperkenalkan kepada geng Radzi (Namron) oleh Khairul (Bell Ngasri), kawan lamanya. Geng Radzi adalah antara gengster digeruni kawan dan lawan, menjalankan perniagaan kelab malam, dadah dan pinjaman wang tanpa lesen. Setelah diuji oleh Loy (Zul Huzaimy) iaitu orang kanan Radzi, Nizam layak menjadi sebahagian daripada geng Radzi.

LANGGAR - "Memang Aku Gila Tapi Kau Yang Nak Mati" Penuh Aksi

Filem LANGGAR
2 April 2013, Kuala Lumpur - Mengambil tagline "Memang Aku Gila Tapi Kau Yang Nak Mati", LANGGAR sebuah filem yang memaparkan perjuangan seorg lelaki untuk mendapatkan keadilan di atas kematian isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan. Filem yang bakal menemui penonton bermula 11 April ini mendapat sentuhan pengarah muda, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan merupakan filem ke-36 terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd (TUSB). Satu majlis Pra-Tonton diadakan di e@Curve, Damansara yang turut dihadiri oleh pelakon, penerbit dan pengarah.

Terdahulu majlis perasmian telah diadakan pada 19 Mac di CARNE y VINO, rata-rata media dan tetamu yang hadir amat teruja menantikan filem ini setelah dipertontonkan tayangannya selama 8 minit. Filem yang menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang selama 37 hari ini, menampilkan gandingan pelakon berpengalaman seperti Adi Putra, Namron, Khir Rahman, Hans Isaac, Bell Ngasri, Zul Huzaimy, Natasha Hudson, Nadia Heng dan Zalif Sidek.

Sein merupakan Pengarah Muda yang diberi tanggungjawab sebagai sutradara bagi filem aksi ini. Bercakap kepada media di majlis perasmian itu, beliau mengumpul pengalaman yang ada bukan sahaja dalam bidang nyanyian, malah bidang lakonan dan pengarahan. Beliau banyak berterima kasih kepada TUSB kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarahkan sebuah filem aksi, malah beliau menerimanya sebagai satu cabaran.

PRU-13 Selewat - Lewatnya 28 Mei

ABDUL Aziz Mohd. Yusof menunjukkan Pengisytiharaan 
Pembubaran Dewan Rakyat pada sidang media di Pusat 
Media Pilihan Raya Umum Ke-13 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 
Putrajaya, semalam.
KUALA LUMPUR 4 April - Pilihan Raya Umum Ke-13 boleh diadakan selewat-lewatnya pada 28 Mei ini berikutan pembubaran Dewan Rakyat semalam.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tarikh itu juga mengambil kira pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 28 Mac lalu.

"Jika dikira mulai 3 April, tempoh 60 hari akan habis pada 3 Jun ini, jadi sudah terlepas (tarikh pembubaran DUN) Negeri Sembilan. Maka, Pilihan Raya Umum Ke-13 perlu diadakan selewat-lewatnya pada 28 Mei ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Soal Jawab terbitan TV3 yang dihoskan Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Bhd., Datuk Ahmad A. Talib, malam tadi. Ditanya mengenai bayangan tarikh penamaan calon dan pengundian, Abdul Aziz berkata: "Ada bayang-bayangnya tetapi tidak sesuai saya sebutkan di sini kerana perlu dibincangkan dengan panel-panel SPR yang lain."

Kelulusan Serangan Nuklear

Beberapa orang anggota tentera Amerika Syarikat dari 
Batalion Kimia Ke-23, memakai pakaian perlindungan semasa 
mengadakan demonstrasi iRobot PackBot di Kem Stanley, 
utara Seoul, Korea Selatan, semalam. 
SEOUL 4 April - Korea Utara, hari ini memberi amaran bahawa negara itu telah memberi kebenaran kepada pasukan tentera negara itu untuk melancarkan rancangan serangan nuklear ke atas sasaran di Amerika Syarikat (AS).

"Masa berlakunya letupan semakin hampir," kata tentera Korea Utara sambil memberi amaran bahawa perang boleh berlaku sama ada 'hari ini atau esok'.

Ancaman terbaharu Pyongyang itu dibuat ketika Washington berusaha meningkatkan pertahanan peluru berpandu negara itu di Pasifik dengan bersiap sedia menghantar pemintas dari darat ke Guam, selain menempatkan dua kapal pemusnah anti-peluru berpandu Aegis.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), kumpulan pegawai Tentera Rakyat Korea memberi amaran kepada Washington bahawa ancaman AS akan 'dibalas dengan pelbagai jenis serangan nuklear'.

Suara

Suara

Suara
Suara