Current song:

LANGGAR - "Memang Aku Gila Tapi Kau Yang Nak Mati" Penuh Aksi

Filem LANGGAR
2 April 2013, Kuala Lumpur - Mengambil tagline "Memang Aku Gila Tapi Kau Yang Nak Mati", LANGGAR sebuah filem yang memaparkan perjuangan seorg lelaki untuk mendapatkan keadilan di atas kematian isteri dan anaknya yang masih dalam kandungan. Filem yang bakal menemui penonton bermula 11 April ini mendapat sentuhan pengarah muda, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan merupakan filem ke-36 terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd (TUSB). Satu majlis Pra-Tonton diadakan di e@Curve, Damansara yang turut dihadiri oleh pelakon, penerbit dan pengarah.

Terdahulu majlis perasmian telah diadakan pada 19 Mac di CARNE y VINO, rata-rata media dan tetamu yang hadir amat teruja menantikan filem ini setelah dipertontonkan tayangannya selama 8 minit. Filem yang menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang selama 37 hari ini, menampilkan gandingan pelakon berpengalaman seperti Adi Putra, Namron, Khir Rahman, Hans Isaac, Bell Ngasri, Zul Huzaimy, Natasha Hudson, Nadia Heng dan Zalif Sidek.

Sein merupakan Pengarah Muda yang diberi tanggungjawab sebagai sutradara bagi filem aksi ini. Bercakap kepada media di majlis perasmian itu, beliau mengumpul pengalaman yang ada bukan sahaja dalam bidang nyanyian, malah bidang lakonan dan pengarahan. Beliau banyak berterima kasih kepada TUSB kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarahkan sebuah filem aksi, malah beliau menerimanya sebagai satu cabaran.

Katanya, peluang keemasan ini ditunggu sejak sekian lama dan akhirnya menjadi kenyataan selepas berkongsi idea dengan Penerbit Eksekutif Hadir Dinamik Sdn Bhd, Hazil Izham Ismail. Menurutnya "pada dua tahun lepas saya mengambil keputusan sambung belajar dengan memilih kursus perfileman di London. Saya banyak mempelajari aspek pengarahan dan sinematagrafi. Selepas itu saya banyak terbabit dalam menghasilkan filem pendek dan video korporat.

Bagi filem ini pula, saya bekerjasama dengan Pierre Andre dalam menghasilkan skrip. kami sudah lama merancang mahu menghasilkan filem bersama dan akhirnya projek ini dapat dilaksanakan." Sein juga mengharapkan agar filem tempatan dapat menerima filem ini dan mengharapkan sambutan yang luar biasa apabila menemui penonton di pawagam.

Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri Su-Lin Pillai, turut melahirkan hasrat yang sama agar filem ini diterima penonton. Filem ini mendapat klasifikasi 18 dan pihak penerbit akur dengan keputusan LPF kerana sememangnya jalan cerita yang disampaikan dalam filem ini menonjolkan realiti sisi gelap kehidupan manusia masa kini. "Terdapat 1 potongan dalam filem Langgar, namun ia tidak menjejaskan keseluruhan filem kerana penonton masih boleh memahami keseluruhan penceritaan filem ini.

Namun begitu, kami ingin menekankan bahawa filem ini adalah untuk penonton berumur 18 tahun ke atas kerana penghasilannya dilakukan khas buat lingkungan penonton ini." Menutrutnya lagi, sewaktu diperingkat pra produksi pihak TUSB dan Hadir Dinamik memang mahu memastikan filem ini memaparkan aksi pertarungan yang sebenar dan bukan sekadar kelihatan dibuat-buat.

Beliau juga berharap agar penonton dapat mengambil iktibar dari sudut positif selepas menonton filem ini, sesuai dengan penghasilannya untuk peringkat umur 18 tahun ke atas yang matang serta mampu menilai pengajaran atau teladan yang disampaikan.

Terbaru, lagu tema filem Langgar ini telah berjaya menembusi pasaran di Indonesia sekitar Bandung. Lagu berjudul "Bawaku Pergi" ciptaan JD Pop Shuvit dinyanyikan oleh sebuah band indie, Rosevelt. Selepas ini, nantikan pula tanyangan filem Bikers Kental yang bakal menemui penonton bermula 23 Mei 2013.

(Sumber - Tayangan Unggul Sdn. Bhd.)
Suara

Suara

Suara
Suara