Current song:

Cerita Citra Ibadah Puasa

SESI fotografi bersama dua figura jelita, Natasha Hudson dan Sharifah Sofia pada dini hari Jumaat minggu lalu meluncur laju. Rumah yang dijadikan butik pemilik jenama Azura Azwa di Taman Tun Dr. Ismail, Damansara, menyatukan dua nama hebat itu untuk mengupas perihal puasa dan persiapan menjelang Ramadan.

Jelik dan klise andai isu berhijrah diketengahkan setiap kali seseorang artis atau selebriti menukar imej dan prinsip itu dipegang kedua-dua wanita cekal itu.

Bagi empunya nama Natasha Liana Mohd. Redzuan Hudson, 30, penghijrahannya sebagai langkah mendekatkan diri dengan Maha Pencipta dalam masa yang sama membuka ruang, peluang dan rezeki terutama dalam kariernya.

"Alhamdulillah, sekarang saya kembali aktif dalam dunia peragaan selain bidang lakonan. Tawaran untuk saya menjadi model bertambah dan syukur ini rezeki daripada Allah. Apabila diri saya berubah, maka keseluruhan karier saya juga berubah.                                          (Sumber KOSMO 21/7/2012) - Berita Penuh >>
Suara

Suara

Suara
Suara