Current song:

Hakim tolak permohonan

SHAH ALAM: Pihak pembelaan dalam kes bunuh empat individu termasuk Datuk Sosilawati Lawiya, gagal dalam cubaan untuk memanggil tiga timbalan pendakwa raya (TPR) sebagai saksi berhubung permohonan mereka untuk menggugurkan dua bukti dalam kes itu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu sekali gus membenarkan ketiga-tiga TPR itu untuk meneruskan pendakwaan dalam kes itu. Pada 4 Julai lalu, peguam Manjeet Singh Dhillon memohon tiga TPR, Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani disapina untuk tampil sebagai saksi. Sapina itu berhubung permohonan seorang lagi peguam Gurbachan Singh yang mahu dua ekshibit bertanda P711 dan P712 dikeluarkan dari senarai bahan bukti perbicaraan kes berkenaan.

Ekshibit itu adalah nota prosiding di Mahkamah Telok Datok, Banting berhubung keterangan dua pekerja ladang, U Suresh dan K Sarawanan yang mengaku bersalah melupuskan bahan bukti kes pembunuhan itu.
Suara

Suara

Suara
Suara