Current song:

4,430 DiKecuali Bayar PTPTN


Temerloh: Seramai 4,430 lagi pelajar dikecualikan membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf. Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamad Ismail Said, berkata pengecualian membabitkan peruntukan RM116.230 juta.
“Hingga 30 Jun lalu, 13,011 pelajar dikecualikan membayar balik pinjaman kerana cemerlang dalam pelajaran membabitkan peruntukan RM370.70 juta,” katanya kepada BERNAMA selepas majlis berbuka puasa bersama saudara baru Orang Asli di Kampung Penderas, Kuala Krau, dekat sini semalam.

Dalam perkembangan lain, Ismail berkata, kira-kira 70 peratus pelajar membayar balik pinjaman berikutan beberapa pendekatan dilakukan PTPTN, antaranya bersedia bertolak ansur dan menerima bayaran sekurang-kurangnya RM50 sebulan atau menjadual semula bayaran balik pelajar yang bermasalah.

Katanya, pembukaan beberapa cawangan baru PTPTN seperti di Pahang, Melaka, Kelantan dan Pulau Pinang turut membantu meningkatkan bayaran balik pinjaman kerana pelajar mudah berurusan berbanding sebelum ini di mana mereka hanya berurusan di ibu pejabat PTPTN.
Suara

Suara

Suara
Suara