Current song:

Ikut Selera Anak


Gamat seketika kedai kasut kanak-kanak Treehouse di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya, petang Selasa lalu apabila tiga anak pelakon Aaron Aziz memilih sepatu masing-masing untuk digayakan pada Syawal ini.

Paling gembira tentunya si bongsu, Dahlia Arissa, yang begitu ceria melihat pelbagai deretan kasut untuk si comel di depan mata. Pantas saja tangannya menyambar kasut warna putih yang bertatah permata berkilauan di hujungnya.
Apa saja kehendak anak saya, akan cuba saya turutkan” - Aaron Aziz, Pelakon
Lain pula dengan si kakak iaitu Dwi Arianna yang lebih selesa memilih kasut rona hitam dihiasi bunga. Nampak cantik dan memang bergaya sakan. Manakala si abang, Danish Anqi, tidak membeli apa-apa kerana tidak menepati cita rasanya.

Begitulah gelagat anak-anak Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 ini apabila dibawa membeli belah keperluan Hari Raya. Masing-masing ada cita rasa dan keinginan sendiri sehingga si ibu, Diyana Halik, pening melayan kerenah mereka. Manakala tugas Aaron hanyalah membayar apa yang diambil anak-anak.
Suara

Suara

Suara
Suara