Current song:

Melutut mahu sembunyi

KUALA LUMPUR: “Dia (suspek) melutut sambil merayu meminta bantuan untuk bersembunyi di dalam rumah saya,” kata pemilik rumah yang enggan dikenali berusia 40-an.

Beliau berkata demikian ketika menceritakan kejadian dia dirayu seorang wanita berusia lewat 20-an yang cedera dan menjadi buruan polis dalam kejadian jam 2 petang di rumahnya di Jinjang Selatan, di sini, semalam.

Menurutnya, dia tidak sampai hati melihat wanita itu dalam keadaan kesakitan dan berlumuran darah membenarkannya bersembunyi di dalam rumah.

“Saya bagaimanapun menjadi gelisah selepas membenarkan dia masuk ke dalam rumah. Saya kemudian menghubungi anak lelaki yang bekerja dan menceritakan apa yang berlaku.

“Anak saya menasihatkan supaya mengunci semua pintu dan tingkap rumah sebelum menunggunya pulang,” katanya.

Katanya, selepas dinasihatkan berulang-kali, dia akur untuk menghubungi polis dan melaporkan kejadian itu. “Kira-kira 20 minit kemudian, pasukan polis datang ke rumah dan menahan wanita terbabit,” katanya.
Suara

Suara

Suara
Suara