Current song:

Peluang cipta sejarah

Bertemu Lin Dan pada final acara perseorangan badminton Olimpik, esok

London: Hanya selangkah lagi untuk pemain perseorangan badminton negara, Lee Chong Wei menggapai emas pertama negara dalam Sukan Olimpik. Semalam, Chong Wei membuktikan kata-katanya apabila berjaya menjinakkan Chen Long dari China di separuh akhir 21-13, 21-14 sekali gus mengesahkan kontinjen negara meraih sekurang-kurangnya pingat perak.

“Saya tidak dapat mempercayai saat ini.

Saya sudah layak sekali lagi ke final,” kata pemain berusia 30 tahun sejurus selepas tamat perlawanan.

“Strategi saya menjadi hari ini dan Chen Long tampak lebih gelisah daripada saya. Saya bermain dan menganggap perlawanan ini seperti final dan bukan separuh akhir.”
Chong Wei akan bertemu musuh tradisinya Lin Dan pada final esok, selepas pemain itu menumpaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Il 21-12, 21-10 dalam satu lagi saingan separuh akhir.
Suara

Suara

Suara
Suara