Current song:

Sambutan Kemerdekaan Meriah


KUALA LUMPUR 31 Ogos - Perbarisan sempena Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat nasional di Dataran Merdeka di sini hari ini disambut meriah dengan penyertaan kira-kira 14,000 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya generasi muda yang menunjukkan kemakmuran dan kesejahteraan perpaduan negara.

Ribuan rakyat Malaysia termasuk pelancong mula membanjiri Dataran Merdeka seawal 6.30 pagi selain jutaan lagi menonton menerusi siaran langsung di beberapa rangkaian televisyen, bukti semangat patriotik masih tertanam di jiwa masing-masing.

Dengan tema 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, perhimpunan bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tepat pukul 8 pagi yang disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Yang di-Pertuan Agong kemudian menerima tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

Suara

Suara

Suara
Suara