Current song:

Suka jadi duka


ALOR GAJAH: Kegembiraan seorang guru menerima kepulangan anaknya dari Jepun untuk sama-sama meraikan Aidilfitri bertukar sebaliknya apabila dia bersama anak bongsunya terbunuh selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka melanggar seekor lembu di Kilometer 213, arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, Ngatinah Kemin, 47, dan anaknya, Muhamad Habib Firdaus Mokhtar, 10, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Ngatinah yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, Simpang Renggam, Johor, menetap di Jalan Kenanga 1, Bandar Baru Ibrahim Majid, Simpang Renggam.

Kemalangan itu turut mengakibatkan suami mangsa, anggota Pasukan Gerakan Am, Lans Koperal Mokhtar Abu Bakar, 50, parah, manakala anak kedua mereka yang baru pulang bercuti kerana melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan di Jepun, Siti Nasuha, 21, cedera ringan.
Suara

Suara

Suara
Suara