Current song:

Jemaah Haji Dinasihat Berhati-hati Cuaca Panas Di Tanah Suci



MADINAH: Jemaah haji dinasihati tidak mendedahkan diri kepada kepanasan cahaya matahari yang melampau di Tanah Suci berikutan cuaca panas yang ada kalanya mencecah sehingga 44 darjah celsius.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas, terutama semasa hendak ke masjid dan membeli-belah. "Untuk bakal-bakal haji yang masih berada di Malaysia, saya juga mahu nasihatkan supaya dibawa bekalan ubat-ubatan secukupnya untuk hari-hari pertama dan kedua, walaupun klinik Tabung Haji ada tetapi tidak boleh diambil ringan keperluan ubat-ubatan ini," katanya kepada pemberita di Hotel Al Haram yang menjadi tempat operasi Tabung Haji di sini.

Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji berkata, bakal jemaah haji di Malaysia juga diminta berehat dan tidur secukupnya kerana beliau mendapati ada jemaah yang tiba di Tanah Suci mengalami masalah kurang tidur dan mula menerima gangguan emosi, fikiran dan sebagainya.

Beliau juga mengingatkan jemaah haji agar menjaga keselamatan diri mereka kerana di sini orang begitu ramai dan kalau pergi ke mana-mana biarlah secara berkumpulan untuk mengelak daripada tersesat.

Suara

Suara

Suara
Suara