Current song:

Jutawan FELDA Disaman Anak


Seremban: Perbicaraan kes seorang wanita menyaman bapanya, seorang jutawan Felda LBJ bagi menuntut harta sepencarian arwah ibunya di Mahkamah Tinggi Syariah semalam ditangguhkan kepada 12 Oktober depan.

Hakim Kamal Basha Muhammad menangguhkan kes bagi membolehkan plaintif, Nozay Rashid, 44 menyambung keterangan dan memanggil saksi bagi menyokong tuntutannya. Nozay yang juga anak keenam defendan daripada tujuh beradik, memfailkan saman terhadap bapanya, Rashid Jani, 75, pada 16 Februari lalu dan perbicaraan bermula 15 Mac.
Tuntut hak arwah ibu Dalam tuntutannya, Nozay memohon mahkamah mengisytiharkan separuh daripada kepentingan sebidang tanah milik bapanya yang dianggarkan bernilai RM160,000 sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Kering Aman, 76.

Plaintif memohon bahagian ibunya dibahagikan mengikut faraid kepada waris lain. Dia juga memohon nama ibunya didaftarkan sebagai pemilik bersama dalam surat hak milik hartanah itu.

Dalam penyata tuntutan, plaintif mendakwa ibu bapanya berkahwin pada 1953 dan dikurniakan enam anak perempuan dan seorang lelaki yang kini berusia 40 hingga 57 tahun. Selepas kematian ibunya pada 2008, bapanya berkahwin dengan seorang wanita Thailand berusia 33 tahun pada September 2009 dan menetap di hartanah itu bersama dua anak tiri.
Suara

Suara

Suara
Suara