Current song:

Nafi Cerai


Penyampai radio Hot FM, Kieran, atau nama sebenar Maskiran Jakiran, 34, menafikan sudah menceraikan isterinya, Yang Azliyang Mohd Yunus, 31, sebaliknya mengakui hanya tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu bagi mencari penyelesaian.

Katanya, gosip perceraian seperti dilaporkan beberapa media sememangnya tidak pernah berlaku membuatkan sedikit sebanyak kisah yang digembar-gemburkan itu mengganggu emosi mereka.

“Hingga saat ini kami masih suami-isteri kerana saya belum melafazkan apa-apa. Mungkin orang salah sangka dengan kunjungan kami ke Mahkamah Syariah Shah Alam pada 31 Julai lalu.
“Jujur saya akui, dalam keadaan fikiran kusut kami mahu memfailkan permohonan, tetapi di atas nasihat Hakim yang meminta kami bertenang dulu, hasrat itu dibatalkan apatah lagi ketika itu hanya beberapa hari saja kita akan menyambut Syawal.

“Mujur isteri memahami yang berita perceraian ini sekadar tanggapan sesetengah pihak dan kami sebenarnya sedang dalam proses mencari jalan penyelesaian, malah saya sendiri seboleh-bolehnya tidak mahu perkara ini (cerai) berlaku,” kata bapa kepada Muhammad Adam, 3, dan Muhammad Iman, 2.


Tiada dendam

Dedah pengacara Kaki Bola itu, majikan sendiri tidak mengetahui masalah rumah tangganya hingga dia meminta cuti dua hari untuk ke mahkamah yang kebetulan serentak dengan majlis buka puasa Hot FM.
Walau kesal dengan kisah tidak benar yang dihebahkan, Kieran tidak berdendam, sebaliknya berharap orang ramai mendoakan perkahwinannya dengan Yang Azliyang yang sudah memasuki tahun keempat terus utuh.


Suara

Suara

Suara
Suara