Current song:

Nakoula Kena Tahan


Los Angeles: Penerbit filem anti-Islam yang mencetuskan bantahan jalanan di seluruh dunia Islam ditahan di California atas dakwaan melanggar perintah pemerhatian dan seorang hakim persekutuan mengarahkan beliau dipenjarakan tanpa jaminan.

Nakoula Basseley Nakoula, 55, ditahan di sebuah lokasi yang tidak didedahkan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan dibawa ke mahkamah di Los Angeles dengan masih lagi mengenakan pakaian biasa tetapi bergari dan dirantai di pinggang. Nakoula disiasat pegawai untuk menentukan sama ada beliau melanggar peraturan pembebasan pada 2011 dari sebuah penjara di sini atas kesalahan menipu bank ketika menerbitkan filem, walaupun pihak berkuasa berkata mereka tidak menyiasat filem terbabit.
“Mahkamah sudah hilang kepercayaan terhadap defendan kali ini,” kata Hakim Majistret Amerika Syarikat, Suzanne Segal yang menolak permohonan jaminan Nakoula pada perbicaraan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat.

Video beliau selama 13 minit difilemkan di California dan disiarkan di internet di bawah beberapa tajuk termasuk “Innocence of Muslims.” Ia menghina Nabi Muhammad termasuk melakukan seks songsang.

Klip berkenaan mencetuskan rusuhan anti Amerika Syarikat di Mesir, Libya dan berpuluh negara Islam lain sejak dua minggu lalu.
Suara

Suara

Suara
Suara