Current song:

Pelajar Kolej Di Tahan


Kuala Lumpur: Polis menahan seorang pelajar kolej swasta di Cheras, semalam bagi membantu siasatan kes menghina gambar pemimpin negara di Dataran Merdeka pada 30 ogos lalu. Muhammad Ammar Abdul Rahman, 19, ditahan selepas menyerah diri di kolejnya sejurus tiba bersama ibu bapanya kira-kira jam 11 pagi semalam.

Ditahan untuk siasatan, termasuk mengenalpasti motif di sebalik perbuatan melampaunya” - Abd Jalil Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman

Dia dipercayai pelajar yang membuka seluar dan menayangkan punggungnya atas gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika Himpunan Janji Demokrasi pada malam 30 ogos lalu.

Boleh dipenjara lima tahun

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria, berkata dia disiasat mengikut akta Hasutan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan dengan maksud mengaibkan yang boleh dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Suara

Suara

Suara
Suara