Current song:

Pengerusi D.A.P Perak Dikecam


Kuala Lumpur: Pelbagai pihak mengutuk Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, kerana mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Mereka menganggap Koo Ham tidak sensitif apabila menyifatkan bantahan terhadap filem itu hanya membuang masa dan tenaga, serta mahu beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam. Tidak sensitif
Susulan kenyataannya, tiga laporan polis dibuat di Perak, semalam menggesa pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan ke atas Koo Ham kerana menghina umat Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata kenyataan Koo Ham mendukacitakan dan sangat provokatif.

Sepatutnya dia (Koo Ham) berkongsi perasaan yang ditanggung umat Islam. Kita tidak boleh menggunakan sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi kerana ia menyentuh perasaan umat Islam, katanya di Ipoh, semalam.

Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan, dalam twitternya, Ahad lalu, mempersoalkan sama ada umat Islam membuang masa dan tenaga membantah filem itu.
Tweetnya berbunyi: Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time & energy on this? (Khairy (Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pembikin filem itu). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya? Adakah Muslim membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini?)

Suara

Suara

Suara
Suara