Current song:

Suami Isteri Pilu Rumah Hangus


MELAKA – Kegembiraan sepasang suami isteri yang bakal menyambut kehadiran bayi kelima yang dijangka pada Mac tahun depan bertukar pilu apabila rumah yang didiami mereka hangus terbakar di Kampung Bahagia, Klebang Besar kelmarin.

Lebih menyedihkan, kejadian pada pukul 9.15 malam itu telah menyebabkan pasangan suami isteri berkenaan hanya tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barang-barang berharga mereka termasuk semua persiapan yang sudah dibeli untuk bayi kelima mereka.

Menurut Abdul Rahman Ahmad Ali, 40, ketika kejadian, mereka sekeluarga tiada di rumah kerana membantu persiapan kenduri perkahwinan keluarga kakaknya di Krubong, di sini, sejak beberapa hari lalu.

“Kali terakhir sebelum saya dan isteri (Faridah Ali, 40) singgah di rumah sebelum terbakar ialah petang semalam (kelmarin) iaitu untuk mandi dan keluar semula selepas memastikan rumah ditinggal dalam keadaan yang baik.

“Bagaimanapun, pada pukul 9.30 malam, saya terperanjat apabila menerima panggilan daripada seorang jiran yang mengatakan rumah saya terbakar,” katanya yang telah mendiami rumah tersebut sejak 15 tahun lalu.
Suara

Suara

Suara
Suara