Current song:

USM Lakar Sejarah Perubatan



Georgetown: Universiti Sains Malaysia (USM) melakar sejarah baru bidang perubatan antarabangsa apabila berjaya melahirkan lima pakar klinikal perubatan nuklear sulung di Asia.

Seorang daripada lima graduan berkenaan, Dr Nor Salita Ali, 42, turut diiktiraf sebagai satu-satunya doktor perubatan wanita negara ini dan di Asia yang mempunyai kepakaran dalam perubatan nuklear.

Graduan perubatan nuklear pertama Asia 


Graduan perubatan nuklear pertama Asia lain ialah Dr Law Chiong Soon, 38; Dr Mohd Wajdi Ghazali, 32; Dr L Yogendren, 47; semuanya adalah doktor perubatan manakala Mahayuddin Abdul Manap, 37, bekerja sebagai penyelidik di universiti berkenaan.

Semua graduan itu dianugerahkan Sarjana Perubatan (Perubatan Nuklear) oleh Pro Canselor, Tan Sri Dr Jegathesan Manikavasagam pada Konvokesyen USM yang ke-46 di sini, semalam.


Suara

Suara

Suara
Suara