Current song:

4 Juta Jemaah Ke Arafah


MEKAH 24 Okt. - Kira-kira empat juta jemaah haji dari seluruh dunia kini mula menuju ke Arafah untuk wukuf iaitu salah satu dari Rukun Haji sebelum bergerak ke Muzdalifah dan kemudian ke Mina.

Di Muzdalifah, jemaah akan mengutip batu-batu kecil untuk tujuan melontar di Mina dan bermalam pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Sehubungan itu, kerajaan Arab Saudi menempatkan beribu-ribu anggota pasukan keselamatan di Mekah, Mina, Arafah dan Muzdalifah bagi memastikan keadaan terkawal.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri semalam, kerajaan Arab Saudi memberi jaminan bahawa proses perjalanan ke Arafah dan Mina akan dipantau pasukan keselamatan.

Seorang daripada jemaah haji yang berasal dari Mesir, Fahmi Mohammed al-Nemr, 52, berkata, dia tidak sabar untuk menunaikan wukuf di Arafah memandangkan rukun tersebut adalah kemuncak dalam ibadat haji.

“Saya berasa bangga kerana dapat menjejakkan kaki ke kota suci Mekah dan menyaksikan penyatuan umat Islam dari seluruh dunia," katanya.


Perasaan gembira dan terharu itu turut dirasai oleh jemaah dari India, Nafisa Rangrez, 36, yang sebelum ini terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum berpeluang menjejakkan kaki di Mekah.

“Saya menitiskan air mata gembira ketika melihat Kaabah. Saya berdoa untuk diri saya dan saudara sesama Islam," ujarnya.

Pada tahun lalu, Mekah dibanjiri kira-kira 3 juta jemaah dari seluruh dunia termasuk jemaah dari negara ini.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/25
Dipetik dari UTUSAN

Suara

Suara

Suara
Suara