Current song:

'Bukan Cubaan Membunuh'

Norizan menceritakan detik beliau bergelut dengan perompak
bulan lalu di rumahnya di Ampang, semalam.

Ampang: Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali, percaya serangan terhadapnya bulan lalu adalah jenayah samun dan bukan cubaan membunuh.

Selepas hampir sebulan kejadian itu, Norizan yang kini semakin pulih dari kecederaan selepas diserang dua lelaki berhampiran kediamannya di Taman Dagang di sini pada jam 3.30 pagi 24 September lalu, turut menafikan ada jari tangannya putus dalam serangan itu.

“Banyak spekulasi dan laporan tidak benar tersebar melalui media cetak, elektronik dan blog serta sebuah majalah hiburan popular berhubung kejadian itu, saya terpaksa menjelaskan kejadian sebenar.
“Ada yang kata ia ada kaitan dengan politik dan perjuangan saya membantah kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) hingga timbul cubaan membunuh, itu tidak benar,” katanya pada sidang media di kediamannya, semalam.

Masih menjalani rawatan harian 

Norizan yang dibenarkan keluar hospital tiga minggu lalu kini masih perlu menjalani rawatan harian di sebuah klinik swasta kerana kecederaan masih belum pulih selain perlu menjalani terapi untuk empat jari tangannya yang belum dapat digerakkan.

Ketika kejadian, Norizan baru pulang dari menonton perlawanan bola sepak bersama beberapa rakan di sebuah restoran di Jalan Ampang dan beliau diserang selepas meletak kenderaannya 15 meter dari rumah.
Norizan turut menafikan sesetengah laporan yang mengatakan beliau diserang dengan kerambit hingga perutnya terburai disebabkan dendam dan menuduh beliau ada hubungan sulit dengan seorang wanita Indonesia.

“Saya yakin serangan itu bermotif samun. Ketika kejadian, saya baru keluar dari kereta dan kepala saya dipukul dari belakang dengan kayu. Seorang lagi suspek kemudian serang saya dengan pedang,” katanya.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/23
Dipetik Dari BERITA HARIAN

Suara

Suara

Suara
Suara