Current song:

Doakan Yang Terbaik Untuk Kami - Apek



KOTA BHARU 3 Okt. - “Doakan yang terbaik untuk kami." Itu luahan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mengenai hubungan cintanya dengan pemilik butik dan model, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey.

Dia yang lebih dikenali dengan Apek berkata, pada masa ini mereka masih belum merancang menamatkan zaman bujang kerana masing-masing mahu menumpukan kepada kerjaya.

“Insya-Allah bila sampai masanya nanti saya akan beritahu kepada semua. Jodoh pertemuan di tangan Allah, itu rahsia Allah dan bukan rahsia saya.

“Memang benar kami tidak mempunyai apa-apa hubungan ketika gosip mengenai kami berdua sedang hangat diperkatakan awal tahun ini, kami hanya kenal dan berkawan biasa, tidak lebih daripada itu.

“Hubungan kami bertambah erat ketika sama-sama terlibat dalam iklan Simply Sity, dari situ kami semakin rapat sehingga wujud hubungan istimewa," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.





Suara

Suara

Suara
Suara