Current song:

Google Kena Cukai RM3.95b


Paris: Pihak berkuasa cukai Perancis semalam mengemukakan satu tuntutan bernilai AS$1.3 bilion RM3.95 bilion) ke atas Google berikutan satu pertelagahan pampasan ke atas enjini carian itu.

Akhbar mingguan Canard Enchaine di dalam edisi terbarunya, melaporkan bahawa tuntutan cukai itu membabitkan bayaran perpindahan yang ditetapkan antara syarikat Google di Ireland dan cawangan Perancis bagi tempoh empat tahun, tetapi tidak memberi butir terperinci.

Bagaimanapun, jurucakap Google Perancis menafikan perkara itu dan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang notis. “Kami sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa Perancis hingga sekarang,”kata beliau di dalam satu e-mel yang dihantar kepada media.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/01
Dipetik dari BERITA HARIAN

Suara

Suara

Suara
Suara