Current song:

Jenayah: PDRM Mahu Kurangkan Perasaan Takut Rakyat


KUALA LUMPUR 2 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) fasa kedua yang menyasarkan mahu mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah dapat mencapai matlamat setelah menerima pelbagai insentif dalam Bajet 2013.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, NKRA fasa kedua tidak lagi menumpukan perhatian hanya kepada sasaran untuk mengurangkan indeks jenayah jalanan seperti fasa pertama sebelum ini.

Beliau berkata, fasa terbaharu ini, menumpukan sasaran untuk mengurangkan perasaan takut dan bimbang orang ramai terhadap jenayah terutama di kawasan perumahan dan pusat beli-belah.

"Jadi, kita akan buktikan kepada orang ramai bahawa apa yang diumumkan dalam Bajet 2013 akan sampai kepada matlamatnya iaitu memastikan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan dapat dikurangkan.

"Dalam fasa kedua ini, isu penurunan indeks jenayah dan mengurangkan jenayah jalanan bukan menjadi tumpuan utama kerana tuntutan semasa memerlukan kita memberi perhatian kepada isu-isu lain seperti kes-kes berkaitan pecah rumah di kawasan perumahan dan jenayah di pusat beli-belah," katanya dalam sidang akhbar di Maktab PDRM Cheras di sini hari ini.

Hishammuddin sebelum itu merasmikan Majlis Penutupan Mesyuarat Ketua Polis Negara Bersama Pesuruhjaya Polis, Ketua Polis Negeri, Komander dan Komandan.



Suara

Suara

Suara
Suara