Current song:

Konsert K-Pop Terbesar Bakal Melanda Negara

Kumpulan Shinee akan membuat persembahan
pertamanya di Malaysia.

DEMAM muzik dari Korea Selatan atau K-Pop di negara ini dilihat semakin hebat dengan satu demi satu persembahan daripada kumpulan atau penyanyi negara tersebut diadakan di ibu negara sejak akhir-akhir ini.

Minat terhadap pemuzik atau lagu-lagu dari Asia Timur itu bukan sahaja melanda anak-anak muda tetapi golongan berumur juga tidak terkecuali apabila mereka turut tertarik dengan gaya tarian dan lagu Gangnam Style yang popular di seluruh dunia.

Selepas dihiburkan oleh kumpulan Big Bang baru-baru ini melalui konsert di Stadium Merdeka, satu lagi persembahan hebat dari kumpulan-kumpulan K-Pop akan meriahkan lagi ibu negara yang diiktiraf sebagai persembahan K-Pop terbesar di Malaysia tahun ini.

Sebanyak sembilan buah kumpulan K-Pop terkenal akan mengadakan persembahan mereka di Surf Beach, Sunway Lagoon, Petaling Jaya pada 6 November ini yang mampu menjanjikan satu persembahan terhebat.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/30
Sumber Rujukan UTUSAN

Suara

Suara

Suara
Suara