Current song:

Myanmar Kurung Penduduk Rohingya



Anggota keselamatan kawal kawasan Islam dipagar, dipasang kawat berduri


Sittwe: Kawat berduri dan anggota keselamatan bersenjata mengawal kawasan penduduk Islam di barat Myanmar umpama penjara bagi mereka yang tinggal di situ sejak beberapa generasi lalu.Anggota keselamatan yang berkawal di kawasan itu di ibu kota Sittwe, Rakhine, tidak menghalang sesiapa keluar kerana tidak ramai mahu merayap ke luar, sebaliknya kehadiran mereka adalah untuk menghalang penduduk Buddha menyerang penghuninya.

" Pada pandangan saya, tinggal di padang pasir Sahara di Afrika lebih baik daripada menghadapi suasana seperti ini," - Mohamed Said, Penduduk Rohingya

Keadaan pulih

Di pusat bandar berdekatan, keadaan semakin pulih sejak perintah darurat diisytiharkan Jun lalu selepas pergaduhan meletus antara penganut Buddha dan orang Islam menyebabkan berpuluh-puluh orang maut dan beribu-ribu lagi kehilangan tempat tinggal.

Tetapi, di dalam kawasan Aung Mingalar, beratus-ratus keluarga Muslim Rohingya mengakui bimbang diserang.

“Orang Rakhine akan serang kami hari ini,” kata seorang lelaki ketika solat Jumaat, minggu lalu.

Pada hari sama, penganut Buddha di Rakhine yang turut menuduh Rohingya menyerang masyarakat mereka, berkumpul di luarnya menyebabkan askar melepaskan tembakan amaran dan mencetuskan suasana panik.

Dalam masa tiga hari berasingan awal minggu ini, beratus-ratus penduduk yang kadangkalanya diketuai sami Buddha, berarak hingga sampai ke depan pintu masuk kawasan itu dan menuntut penghuninya dipindahkan ke tempat lain.

Jeritan mereka kedengaran jelas penduduk Rohingya yang tidak berani keluar untuk melihat sendiri keadaan di luar.

“Pada pandangan saya, tinggal di padang pasir Sahara di Afrika lebih baik daripada menghadapi suasana seperti ini.


Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/21
Dipetik Dari BERITA HARIAN

Suara

Suara

Suara
Suara