Current song:

Red Warriors hebat

Ghaddar meraikan jaringan
selepas melakukan 'chip' menewaskan penjaga gol Selangor,
Norazlan Razali bagi gol pertama perlawanan separuh akhir 2,
Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, malam tadi

Anak buah Bojan Hodak hanya selangkah lagi untuk catat kejuaraan trebel
Shah Alam: Klimaks Piala Malaysia musim ini menyaksikan pertembungan dua sang juara - juara Liga Super, Kelantan dan juara Liga Perdana, Tentera apabila kedua-dua mara ke final, 20 Oktober ini.

Di Stadium Shah Alam, malam tadi, pertaruhan angka '3' oleh Kelantan dan Selangor lebih memihak kepada jaguh Pantai Timur itu apabila merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Red Giants. Walaupun perlawanan yang disajikan jelas seimbang tetapi segala usaha keras The Red Warriors berbalas dan kini hanya memerlukan tempoh 90 minit lagi sebagai detik penentu di pentas final untuk merangkul piala paling berprestij itu.
Selepas Piala FA dan Piala Liga Super berada dalam genggaman, kemenangan malam tadi bermakna peluang Pahlawan Merah untuk mendakap kejuaraan kali kedua Piala Malaysia hampir menjadi realiti.

Bagaimanapun, Selangor yang ketinggalan satu gol ketika tewas 0-1 di Kota Bharu, Jumaat lalu langsung tidak dihiraukan apabila terus melakukan asakan ke kubu lawan dan hasilnya seawal minit pertama, kaptennya, Safiq Rahim terlepas peluang menjaringkan gol selepas sepakan percumanya tersasar.

Permainan bertambah menghiburkan apabila penyerang pelawat, Mohammed Ghaddar melakukan percubaan 12 minit kemudian, tetapi sempat dikuis oleh penjaga gol, Norazlan Razali.

Tonggak tengah The Red Warriors, Indra Putra Mahyuddin juga tidak berupaya mengukuhkan agregat apabila sepakan 'chip' yang dilakukannya pada minit ke-38 sekali lagi dikecewakan oleh Norazlan.
Lima minit selepas itu, Selangor melakukan asakan dan rembatan kencang penyerang importnya, Bosko Balaban dari luar kotak penalti diselamatkan oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.




Kelincahan Ghaddar cukup menghadirkan kekacauan di benteng tuan rumah apabila berjaya melepaskan diri untuk merobek gawang, tetapi Selangor sekali lagi bernasib baik kerana Norazlan terus mengecewakan Kelantan daripada menambah jaringan.

Sebaik memasuki minit ke-84, The Red Warriors ternyata lebih layak untuk memegang status 'Red' yang sebenar apabila gerakan solo Ghaddar sebelum melakukan ‘chip’ berjaya melebarkan kedudukan agregat 2-0.

Dia melakukan menjaringkan gol pertama perlawanan hasil gerakan cantik menewaskan tiga pertahanan lawan.

Mohd Badhri Radzi terus menghukum kelekaan lawan apabila sepakan percumanya menerjah gawang sekali gus membawa Kelantan ke final dengan kemenangan agregat 3-0.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/13
Dipetik Dari Bharian 
Suara

Suara

Suara
Suara