Current song:

Safee tak dibenar beraksi

Gambar Hiasan

Petaling Jaya: Penyerang prolifik negara, Safee Sali tidak dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan skuad kebangsaan susulan kelab disertainya, Pelita Jaya digantung bersama 31 kelab lain oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Aizzuddin Ahmad yang mengesahkan semalam berkata, pihaknya menerima surat berkaitan penggantungan 32 kelab termasuk Pelita Jaya daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), kelmarin.

Bagaimanapun, katanya

pagi semalam, FAM menerima satu surat lagi daripada PSSI yang memaklumkan penggantungan pemain dan pegawai 32 kelab terbabit.
Ini bermakna Safee turut digantung daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan bersama skuad kebangsaan, katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.



Dengan perkembangan terbaru itu, skuad kebangsaan bakal kehilangan penyerang itu pada aksi persahabatan menentang Hong Kong Selasa ini dan kejuaraan Piala AFF Suzuki, November ini.

Tiada tempoh pergantungan dinyatakan dalam surat diterima dan ia dijangka hanya berakhir Disember ini. Sekarang kita sudah ada hitam putih larangan Safee menyertai latihan dan perlawanan pasukan kebangsaan, katanya.

Permusuhan antara Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia (KPSI) yang berlarutan sejak setahun lalu menjadi punca 32 kelab terbabit digantung FIFA.
FIFA sebelum ini terpaksa campur tangan meminta PSSI segera menyelesaikan masalah berkaitan isu liga domestik negara itu membabitkan status Liga Perdana Indonesia (IPL) dan Liga Super Indonesia (ISL).

PSSI mengiktiraf IPL sebagai liga sah manakala ISL yang disertai Pelita Jaya dianggap liga haram.

Berikutan itu, KPSI diwujudkan untuk menggabungkan IPL dan ISL sebagai satu-satunya liga bola sepak di Indonesia.
Artikel ini dipetik dari Bharian
Suara

Suara

Suara
Suara