Current song:

TNC UTHM Didakwa Rasuah


JOHOR BAHRU – Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Se- syen di sini semalam atas dua pertuduhan rasuah pada 2010 dan 2011.

Profesor Ir. Dr. Abdul Aziz Abdul Samad (gambar kecil), 52, didakwa meminta dan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM15,000 daripada seorang kontraktor, Mohammad Anal Talhah, 41, kononnya sebagai dorongan untuk membantu kontraktor itu mendapatkan kerja-kerja dari Pejabat Pembangunan dan Pengurusan Harta Bina UTHM.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan RM15,000 tersebut pada Disember 2010 manakala bagi pertuduhan kedua dia didakwa menerima wang tunai berkenaan daripada orang yang sama pada 28 Januari 2011 yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya di Bank Muamalat cawangan UTHM Batu Pahat.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Suara

Suara

Suara
Suara