Current song:

Kilang Minyak Zaitun Dibom, 20 Maut


Kepulan asap kelihatan di bandar Ras al-Ain di Syria
selepas serangan tentera kerajaan.
BEIRUT 28 Nov. - Pesawat pejuang Syria mengebom sebuah kilang minyak zaitun yang sesak dengan petani di utara negara itu menyebabkan sekurang-kurangnya 20 orang maut, semalam.

Namun serangan terbaharu ke atas orang awam oleh tentera kerajaan itu tidak jelas sama ada kilang zaitun tersebut adalah sasaran serangan atau bedilan pesawat pejuang itu tersasar.

Dua kumpulan aktivis antikerajaan, Pertubuhan Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia dan Jawatankuasa Penyelaras Tempatan berkata, kilang itu terletak di bandar utara wilayah Idlib.

Sejak beberapa bulan ini, tentera Syria bergantung kepada serangan udara, terutamanya di wilayah utara negara itu, Idlib, di Aleppo, Deir el-Zour dan pinggir bandar Damsyik.

Profesor Sains Politik di Universiti Amerika, Beirut, Hilal Khashan berkata, serangan udara digunakan di kawasan yang sukar dimasuki tentera.

Seorang aktivis di Idlib, Fadi al-Yassin pula berkata, berpuluh-puluh orang berkumpul di kilang itu ketika serangan berlaku kerana ketika ini adalah musim perahan zaitun.

Sementara itu, Human Rights Watch (HRW) yang berpangkalan di New York berkata, tentera Syria terbukti menggunakan bom berangkai dalam serangan di Deir al-Asafir, berhampiran Damsyik, Ahad lalu, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak.

"Bom berangkai tidak membezakan sama ada orang awam atau anggota tentera dan disebabkan itu tidak sepatutnya digunakan oleh sesiapa pun atau di mana-mana jua," kata Pengarah Bahagian Senjata di HRW, Mary Wareham.


Berita Dipetik dari Utusan
Bertarikh 29/11/2012




Suara

Suara

Suara
Suara