Current song:

PBB, AS Sambut Baik Gencatan Senjata

Seorang rakyat Palestin mengibarkan bendera ketika meraikan
gencatan senjata antara Hamas dan Israel di Rafah semalam.
Washington: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat dan kuasa dunia menyambut baik gencatan senjata antara Israel dan Hamas kelmarin dan berterima kasih kepada kerajaan baru Mesir di atas kejayaan pusingan pertama di pentas diplomatik.

Kuasa dunia lega dengan perjanjian itu yang menawarkan sekurang-kurangnya penangguhan sementara daripada pertumpahan darah di Gaza dan selatan Israel, tetapi terhutang budi kepada Presiden Mohamed Morsi, yang muncul daripada pertubuhan Ikhwanul Muslimin.
Presiden Barack Obama, yang terpilih semula bulan ini selepas penggal pertama, mengetuai pemimpin dunia mengucapkan tahniah di atas usaha Morsi itu.Morsi, anggota tertinggi Ikhwanul Muslimin, dipilih Jun lalu dalam pilihan raya pertama Mesir sejak kebangkitan rakyat yang menjatuhkan pemimpin sekular, Hosni Mubarak.

Beliau keluar daripada parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai Ikhwanul Muslimin dan berjanji mewakili semua rakyat Mesir tetapi tindakan beliau menimbulkan kebimbangan mengenai perjanjian damai Kaherah dengan Israel dan hubungannya dengan Hamas.

Ketika krisis besar pertama pemerintahannya, Morsi dipuji sebagai pencetus damai, bekerjasama dengan pegawai Amerika untuk mengatur gencatan senjata.

Presiden berterima kasih kepada Presiden Morsi kerana usahanya untuk mencapai gencatan senjata dan kerana kepemimpinan peribadinya dalam merundingkan cadangan gencatan senjata, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Anggota Briged Ezzadine al-Qassam membawa senjata bersama mereka ketika meraikan gencatan senjata di kem pelarian Nusseirat di tengah Semenanjung Gaza semalam.
Obama turut menegaskan mengenai hubungan rapat antara Washington dan Kaherah, kata Rumah Putih, sambil menambah kedua-dua pemimpin bersetuju dengan kepentingan bekerjasama ke arah penyelesaian lebih tahan lama di Gaza.


Berita Dipetik dari Berita Harian
Bertarikh 23/11/2012

Suara

Suara

Suara
Suara