Current song:

Si Kecil Hilang Tangan


KOTA BHARU: “Dalam keadaan isi lengan kirinya terkeluar dan tulang hancur, saya terus mendukungnya sambil membonceng motosikal ditunggang seorang jiran ke klinik sebelum anak saya dirujuk ke hospital,” kata Nik Nur Aida Rozali, 26, ibu kepada Aisy Mirza Mahadi, 3, yang kudung tangan kiri selepas tersepit mesin pemerah santan dalam kejadian di Kok Lanas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan tidak menangis, sebaliknya menjerit memanggil ibunya supaya menyelamatkannya.

Menceritakan kejadian itu, Nik Nur Aida berkata, dia yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual santan sebelum itu ditemani anak lelakinya.

Menurutnya, dia kemudian pergi ke sinki untuk membersihkan peralatan mesin pemerah itu tanpa menyedari suis mesin masih belum ditutup.

“Anak saya seorang yang aktif dan tidak sedar dia bermain berhampiran mesin sebelum mengambil kerusi dan memanjat mesin berkenaan.
TRAGIS...Nik Nur Aida melihat keadaan anak tunggalnya yang terlantar di wad hospital. Gambar kecil, contoh mesin yang mengundang kecelakaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Berita Dipetik dari Metro
Bertarikh 24/11/2012

Suara

Suara

Suara
Suara