Current song:

Belum temui calon sesuai


TIGA tahun memegang status solo, dramatis terkenal Wan Sharmila nampaknya masih belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hidupnya. Mungkinkah dia takut atau serik untuk berumahtangga semula selepas keruntuhan rumah tangganya sebelum ini?

Atau mungkin pelakon kecil molek yang dikenali menerusi drama Tari Tirana, Riang Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara dan Apa Celop ini terlalu memilih calon suami atau ingin memburu golongan kenamaan atau VIP?

Hakikatnya, pemilik nama sebenar Wan Sharmila Wan Muhamad, 31, mengakui dia memang cerewet untuk memilih calon suami kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Sebagai wanita matang dan pernah mengalami kegagalan dalam rumah tangga, saya memang berhak untuk memilih pasangan yang tepat untuk menjadi calon suami.
“Terus terang, saya memang berusaha untuk mengelak dari berkawan dengan suami orang atau merampas hak orang lain. Sebagai wanita yang memegang status janda atau ‘Miss J’, orang akan fikir sayalah wanita yang jahat jika saya berkawan dengan suami orang,” katanya.

Pada masa sama, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini menafikan dengan tegas dia memilih calon suami di kalangan golongan kenamaan atau VIP untuk hidup mewah.



“Saya tidak kisah siapapun calon suami saya itu sama ada artis atau orang biasa kerana yang penting kami saling menyayangi antara satu sama lain dan dia mampu membahagiakan hidup saya.

“Terus terang, saya tidak mencari atau terdesak mencari pasangan hidup. Namun, sampai sekarang saya masih belum bertemu calon yang sesuai lagi. Memang saya mempunyai ramai kawan lelaki tapi ia tidak lebih dari itu,” katanya.

Wan Sharmila pernah berkahwin dengan produser drama, Fazli Baharom selama tiga tahun tetapi mereka bercerai pada 23 Oktober 2009.

Apapun, Wan Sharmila mengakui dirinya seorang yang cukup berdikari, sejak memegang status solo.

“Selepas bercerai semua perkara dari A hingga Z saya lakukan sendiri tanpa bergantung pada sesiapapun. Mungkin sebab itu, lelaki takut untuk mendekati wanita yang terlalu berdikari seperti saya?.

“Saya pula tidak serik untuk berkahwin lagi kerana saya sukakan kanak-kanak dan ingin memiliki ahli keluarga yang ramai. Apatah lagi usia saya yang semakin meningkat saban tahun ini memang sudah layak untuk berkahwin dan membina keluarga. Apapun, soal jodoh ini saya serahkan pada ketentuan Tuhan,” katanya.

Wan Sharmila ditemui di sesi ramah mesra drama bersiri untuk Slot Aksi berjudul Spy M terbitan Radius One Sdn Bhd yang berlangsung di Sri Pentas, TV3, di sini, baru-baru ini. Drama arahan Ramli Long ini diterajui barisan pelakon iaitu Sharifah Shahira, Amyza Adnan, Zalif Sidek, Ahmad Daniel, Addy Ashraf dan ramai lagi.

Menyentuh lakonannya dalam drama itu, Wan Sharmila berkata, watak Salsabila yang dilakonkannya dalam cerita itu ada kelainan dan memang diimpikannya, sejak dulu.

“Saya memang minat berlakon dalam cerita aksi dan lasak tetapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan selepas menjalani pembedahan di Hospital Prince Court pada Ramadan lalu. Walaupun kesihatan beransur pulih tetapi saya terpaksa menolak bawa watak lasak yang boleh menyebabkan tempat kesan pembedahan itu sakit.

“Saya bersyukur kerana penerbit drama beri sokongan dan memahami keadaan saya ini. Mungkin saya bukan Wan Sharmila yang dulu lagi kerana selepas pembedahan saya berasa cepat penat dan air mineral kini menjadi sahabat baik saya.

“Bila minum air banyak kita kerap ke tandas dan ia agak sukar bila kita terbabit dengan mana-mana ‘shooting’ drama kerana saya kena pastikan tempat itu ada kemudahan tandas,” katanya.

Berita Dipetik Dari  Hmetro
Artikel ini disiarkan pada : 2012/12/05
Suara

Suara

Suara
Suara