Current song:

Cheh Chang Tuntut Penjelasan

KIEN KEAT (depan) dan Boon Heong 
tidak lagi dibimbing Cheh Chang.
JURULATIH beregu lelaki negara, Pang Cheh Chang menuntut penjelasan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas beliau ‘diturunkan pangkat’ menjadi ketua jurulatih beregu remaja negara.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (CTC) BAM, Ng Chin Chai mengumumkan bahawa Cheh Chang akan mengambil alih tugas jurulatih berpengalaman, Yap Kim Hock bagi melatih barisan pemain beregu di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

“Saya hanya dimaklumkan mengenai perkara ini hari ini (semalam) oleh Chin Chai menerusi panggilan telefon. “Namun, saya tidak diberi penjelasan menyeluruh mengenainya.

“Apa yang saya boleh katakan, saya akan mengadakan pertemuan dengan Chin Chai dan pihak pengurusan BAM yang lain bagi berbincang apa sebenarnya tugas atau sasaran yang diletakkan kepada saya dengan melatih pemain beregu remaja.

“Secara peribadi, saya berasa mungkin BAM mahu saya melatih pemain remaja disebabkan pengalaman saya sebagai jurulatih remaja. Mereka mungkin mahu saya melahirkan lebih ramai pemain remaja untuk diketengahkan seperti mana ketika saya membawa Kien Keat-Boon Heong.

“Sebelum ini, tugas tersebut dilaksanakan oleh Kim Hock yang sememangnya berpengalaman. Jadi, mungkin BAM mahu jurulatih berpengalaman menggantikan tempat Kim Hock itu,” kata Cheh Chang ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ekoran keputusan mengejut BAM itu, timbul spekulasi mengatakan bahawa ia adalah berpunca daripada prestasi tidak menentu beregu utama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong berada bawah kendalian Cheh Chang sejak 15 bulan lalu.

“Dalam hal ini, saya tidak salahkan sesiapa. Jika dibuat penilaian, prestasi Kien Keat-Boon Heong sebenarnya telah banyak meningkat sejak Sukan Olimpik 2012 dan telah kembali berada pada tahap prestasi sebenar mereka.

“Buktinya, mereka berjaya mara ke final kejohanan badminton Siri Super Terbuka Jepun, Terbuka Denmark dan Terbuka Hong Kong. Cuma, nasib belum menyebelahi me reka untuk bergelar juara,” kata Cheh Chang.

Dalam pada itu, Chin Chai turut mengesahkan bahawa CTC akan mengemukakan cadangan kepada barisan Exco BAM untuk melantik jurulatih kelahiran Indonesia, Paulus sebagai pengganti Cheh Chang.

Jika mendapat ‘lampu hijau’ daripada Exco BAM, CTC akan mengemukakan tawaran kepada Paulus.


Sumber Dari Kosmo!
Disiarkan Pada : 31/12/2012

Suara

Suara

Suara
Suara