Current song:

Husin, Mon & Jin Pakai Toncit Menampilkan Kelainan

Berlangsung sesi tayangan media filem trilogi Kampung Pisang Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon & Jin Pakai Toncit di Ipoh Prade, Perak yang dianjurkan oleh pihak Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak. Majlis yang dihadiri oleh Penerbit Eksekutif TUSB Gayatri Su-Lin Pillai, Pengarah Filem . Mamat Khalid & Para Pelakon antaraya Awire, Delimawati, Shy8, Man Kadir, Rashidi Ishak, Azwan Anuar, Arab Khalid, Nazari Ibrahim, Adi Shamsul, & Adam Khalid.

Film Pertama "Zombi Kampung Pisang" yang diterbitkan pada tahun 2007 menampilkan Kampung Pisang sebagai latar belakang. Filem ini berjaya mengutip lebih RM3juta. Melalui kejayaan filem itu, TUSB menerbitkan pula filem yang juga menggunakan latar belakang yang sama, berjudul "Hantu Kak Limah Balik Rumah" (HKLBR) pada tahun 2010, yang berjaya mmbawa fenomena dengan kutipan menghampiri RM8juta.

 Kini selepas 2 tahun, terhasil pula kesinambungan filem Kampung Pisang, bertajuk "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit" (HMDJPT) yang akan menemui penonton pada 7 Februari 2013. Masih berkisahkan tentang peristiwa di  Kampung Pisang, Kali ini kehadiran Jin Toncit menghantui penduduk kampung & menculik lelaki teruna di Kampung tersebut.

Menurut Penerbit Eksekutif TUSB, Gayatri menyifatkan kejayaan filem Zombi Kampung Pisang & HKLBR amat luar biasa & menjadi pemangkin kepada pihak pnrbit untuk menerbitkan trilogi seterusnya " kami amat berpuas hati dengan hasil kerja yang ditunjukkan oleh Mamat Khalid & percaya dengan kretibiliti beliau untuk mengarah filem mengenai Kampung Pisang seterusnya" Saya mengharapkan filem yang bakal keluar pada 7 Februari tahun hadapan dapat mengulangi kejayaan Zombi Kampung Pisang & HKLBR. Turut menanti tayangan ialah sebuah filem berbahasa cina bertajuk Paper Moon terbitan Astro Shaw yang bakal ditayangkan pada 17 Januari diikuti dengan Awan Dania The Movie terbitan TUSB pada 14 Mac 2013 

Pada majlis berasingan, turut diadakan Karnival Media Kreatif anjuran Kerajaan Negeri Perak yang berlangsungdi Bangunan Kerajaan Negeri Perak. Karnival ini bermula 15 hingga 16 Disember, menyediakan pelbagai aktiviti antaranya ialah pameran Fotografi Vintej, Bengkel Fotografi dari Akademi Nikon serta Sembang Santai bersama sutradara Mamat Khalid & Pelbagai aktivi lain. 

SINOPSIS FILEM 


Beberapa tahun yang lalu, selepas kejadian "Hantu Kak Limah Balik Rumah," Husin yang telah muflis akibat ditipu Skim Cepat Kaya di Singapura, telah kembali semula ke Kampung Pisang. Di Kampung Pisang Husin berjumpa semula dengan geng lamanya & juga Mon, kekasih lamanya sewaktuKampung Pisang dilanda Zombi. Namun beberapa hari selepas itu, Kampung Pisang dilanda peristiwa-peristiwa aneh, Nampaknya sejarah misteri 45 tahun dahulu telah kembali. Kejadian kehilangan lelaki-lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang sudah pulih sepenuhnya, sibuk merancang rombongan ke Singapura & mempelawa Husin menjadi pembantunya, namun begitu, masalah semakin rumit apabila Husin sendiri didapati hilang dari rumahnya. Rakan-rakannya Ucop, Wan Kaswi, & Nazari SMK gagal mengesan dimana Husin Berada. Yang tinggal hanyalah Mee Maggi Singapura. Didalam kekecohan itu muncul Dr. Samsudin yang mendakwa mampu mengesan dimana hilangnya Husin. Apakah sebenarnya Berlaku??? Siapakah Yang Menculik Husin??? Nantikan kemunculan Hantu Kak Limah 2: Husin Mon & Jin Pakai Toncit di pawagam pada 7 Februari 2013 

BARISAN PELAKON

Awie Sebagai Husin , Shy8 Sebagai Usop, Rashidi Ishak Sebagai Rd. Samsudin, Delimawati Sebagai Kak Limah , Ezlynn Sebagai Mon, Zami Ismail Sebagai Pak Abu, Man Kadir Sebagai Pak Jabit, Azwan Annuar Sebagai Wan KAswi, Dewa Sapri Sebagai Cik Purnama, Nazari Sebagai Nazari SMK , Zainuri Sebagai Zulfekar, Adam Khalid Sebagai Adam, Adi Shamsul Sebagai Adi Tengelam Timbul, Afdlin Shauki Sebagai Wahab B

Suara

Suara

Suara
Suara