Current song:

Koperal terlepas hukuman jel


SHAH ALAM - Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, dua tahun lalu dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan tersebut.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan demikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini pada September, tahun lepas.

Dalam penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati bahawa anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta Proton Iswara yang dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Menurut beliau, Jenain tidak seharusnya dipersalahkan kerana menyebabkan kematian mangsa.


Bagaimanapun, Jenain berkata, keputusan mahkamah membuktikan bahawa dia tidak bersalah dalam kes tersebut.


“Alhamdulillah, semua ini kuasa Tuhan dan selama ini saya berserah kepada-Nya. Hari ini terbukti siapa salah dan siapa tidak salah dan akhirnya saya mendapat keadilan sewajarnya.
“Saya minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid atas apa yang berlaku,” katanya yang ditemani peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd. Hilmi di luar mahkamah selepas selesai prosiding.
Bapa kepada empat orang anak yang telah 25 tahun dalam pasukan polis memberitahu, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis.
Sementara itu, isteri Jenain, Siti Nuraniza Tamrin, 38, pula bersyukur dengan keputusan mahkamah dan menganggap doanya dimakbulkan oleh Allah.
Katanya, sepanjang tempoh pertuduhan ke atas Jenain, hidupnya sekeluarga merana kerana ada segelintir pihak memandang serong terhadap mereka.
“Keputusan ini melegakan hati saya apabila suami mendapat pembelaan sewajarnya,” kata wanita itu.
Tambah Nuraniza lagi, jika suaminya berhasrat untuk meneruskan perkhidmatan dalam polis, dia berharap Jenain tidak diberi tugas yang melibatkan penggunaan senjata api.


Berita Dipetik Dari  KOSMO!




Suara

Suara

Suara
Suara