Current song:

30 Sen Penyelamat


Nilai: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan dua beradik lelaki berusia empat dan lima tahun yang ditemui merayau tanpa penjagaan ibu bapa di Apartmen Cempaka Puri, Taman Desa Cempaka, di sini, semalam.

Sebelum diselamatkan kira-kira jam 1 tengah hari itu, kisah malang kanak-kanak terbabit serta sepasang kakak kembar mereka berusia 11 tahun dilaporkan kepada Harian Metro oleh jiran prihatin memaklumkan empat beradik itu selalu ditinggalkan ibu kandung yang dikatakan keluar bekerja.

Difahamkan jiran, termasuk pekedai makan di kawasan pangsapuri kos rendah itu selalu menemui empat beradik itu merayau sehingga lewat pagi, mencari ibu mereka dan atas dasar kasihan mereka memberikan kanak-kanak terbabit makan.

Dalam kejadian terbaru, tiga daripada empat beradik itu berlapar selama tiga hari dan lebih sayu si kakak yang menemui wang syiling 30 sen dalam tabung ibunya terpaksa menghubungi seorang wanita yang biasanya membantu mereka.

IBU dua beradik berkenaan menunjukkan laluan keluar di celah jeriji dilalui anaknya.

Susulan itu, wartawan Harian Metro melanjutkan kes berkenaan kepada pengetahuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi sebelum dua pegawainya mengambil dua kanak-kanak lelaki dari empat beradik itu.


Sumber Dari Metro
Disiarkan Pada : 01/02/2013

Suara

Suara

Suara
Suara