Current song:

Jepun Tambah Bajet Tentera

Gambar fail bertarikh 14 Oktober lalu merakamkan beberapa 
buah kapal daripada Angkatan Pertahanan Maritim Jepun, 
kapal Kurama (depan), Hyuga (dua dari kanan), Chokai (kanan) 
dan Atago (kiri) semasa belayar di Teluk Sagami, dekat Tokyo.
TOKYO 8 Jan. - Jepun akan meningkatkan perbelanjaan ketenteraannya pada tahun ini, kenaikan pertama dalam tempoh lebih sedekad ketika Tokyo memanggil Duta China ke negara itu, hari ini berhubung pertikaian wilayah maritim.

Satu pasukan petugas pertahanan kebangsaan yang baharu dilantik oleh Parti Liberal Demokratik (LDP) memutuskan untuk meningkatkan bajet pertahanan kepada lebih 100 bilion yen (RM3.5 bilion) sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif China, menurut seorang pegawai parti.

Pertambahan yang agak kecil itu mungkin hanya simbolik, tetapi ia dibuat sebagai kesan daripada peningkatan tindakan permusuhan di rantau ini dengan China dilihat meningkatkan pengaruhnya. "Kami memutuskan penambahan itu akan digunakan untuk penyelidikan sistem radar baharu, selain penambahbaikan dan menanggung kos penyenggaraan bagi pesawat amaran awal," kata pegawai itu.

Berita itu tersebar ketika Kementerian Luar Jepun, hari ini memanggil Duta China ke Jepun, Cheng Yonghua, bagi membantah penempatan terbaharu kapal-kapal China di perairan yang dikawal oleh Tokyo di Kepulauan Senkaku atau dikenali sebagai Diaoyu di China.

Tindakan itu adalah yang pertama di bawah pimpinan Perdana Menteri, Shinzo Abe yang terkenal dengan semangat kebangsaan dan kesan kepada pendirian tegas yang dipegangnya terhadap China ketika berkempen pada Disember lalu.

Dalam pertemuan tersebut, kerajaan Jepun menuntut supaya insiden seperti itu tidak berulang, menurut kenyataan Kementerian Luar.

Timbalan Menteri Luar Jepun, Akitaka Saiki turut 'mengemukakan bantahan keras' kepada Yonghua selepas empat buah kapal China itu berlabuh di perairan Kepulauan Senkaku, semalam.


Sumber Dari Utusan
Disiarkan Pada : 09/01/2013

Suara

Suara

Suara
Suara