Current song:

Mayat Sangkut Kayu

ANGGOTA keluarga sebak melihat mayat Mohd Fazrul Fitri.
Baling: Mayat seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Sungai Kuala Pegang, Khamis lalu, ditemui penduduk tersangkut pada sebatang kayu, lima kilometer daripada tempat mangsa terjatuh, semalam.

Mohd Fazrul Fitri Zaini, 7, ditemui penduduk berhampiran Kampung Kuala Balut, dekat sini, jam 12.30 tengah hari dalam keadaan kakinya tersangkut pada kayu penahan ikan di sungai itu.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Baling Abdul Kudus Abd Malik berkata, kanak-kanak itu gagal dikesan sejak dilaporkan hilang minggu lalu walaupun usaha mencari dilaksanakan di sekitar lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

Beliau berkata, usaha mencari Mohd Fazrul Fitri akhirnya membuahkan hasil selepas sekumpulan penduduk kampung menemui mayatnya tersangkut tidak jauh dari lokasi dia terjatuh.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling (HB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya dan difahamkan, arwah akan dikebumikan di Kampung Kuala Pegang petang ini (semalam),” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Sumber Dari Metro
Disiarkan Pada : 20/01/2013

Suara

Suara

Suara
Suara