Current song:

Menang Tapi Chong Wei Terkilan

Chong Wei bersalaman dengan Hu Yun selepas
menang mudah aksi suku akhir, semalam.
Tak dapat jumpa rakan sendiri pada separuh akhir hari ini

Kuala Lumpur: Hajat jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei untuk menentang Liew Daren di separuh akhir tidak kesampaian apabila rakan sepasukannya itu terkandas di suku akhir Siri Super Terbuka Malaysia Maybank 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.

"Memang saya sedikit kecewa kerana sebelum perlawanan itu, rekod kemenangan dua kali berpihak kepada Daren dan saya yakin dia boleh menang.
"Jurulatih (Tey Seu Bock) juga cakap tidak semua pemain boleh tahan dengan tekanan penyokong, namun perlawanan itu tadi bagus bagi Daren supaya belajar daripada pengalaman," kata Chong Wei.

Pada suku akhir semalam, Chong Wei membuktikan Hu Yun dari Hong Kong bukan lawannya apabila mudah menewaskan pemain pilihan kelima itu dengan 21-12, 21-9 dalam hanya 24 minit sekali gus semakin hampir untuk merealisasikan impian menjulang kejuaraan buat kali kesembilan.

Hanya menang sekali 

Sementara itu, Daren yang tidak bermain pada pusingan kedua kelmarin selepas lawannya, Taufik Hidayat dari Indonesia menarik diri berkata, faktor lama tidak bermain mungkin antara penyebab yang menjejaskan persembahannya.

"Sebenarnya pada set pertama lagi, hanya selepas mendahului 16-12, barulah saya dapatkan corak permainan, namun selepas set itu saya terus melakukan kesilapan," kata Daren yang tewas kepada pemain Denmark, Jan O Jorgensen 21-19, 13-21, 17-21.
Jorgensen yang akan menentang Chong Wei pada separuh akhir hari ini berkata, cabaran pada perlawanan itu nanti bukan saja untuk memberi tentangan sengit kepada pemain nombor satu dunia itu, tetapi perlu berdepan dengan penyokongnya.

"Ini adalah antara cabaran tertinggi buat saya, sama seperti apabila saya menentang Lin Dan dalam perlawanan di China. Apa pun saya akan lakukan terbaik," katanya yang pernah menewaskan Chong Wei sekali dalam enam pertemuan sebelum ini di Terbuka China 2009.


Sumber Dari Berita Harian
Disiarkan Pada : 19/01/2013

Suara

Suara

Suara
Suara