Current song:

Nahas Pesawat, 22 Terbunuh

Kenderaan Kementerian Kecemasan Kazakhstan dan ambulans
diletakkan di lokasi pesawat syarikat penerbangan SCAT
terhempas di pinggir Almaty, semalam.
ALMATY 29 Jan. - Sebuah pesawat penerbangan domestik milik syarikat penerbangan SCAT di Kazakhstan terhempas, di sini hari ini, mengorbankan kesemua 22 penumpang dan anak kapalnya.

Menurut syarikat penerbangan SCAT, pesawat jenis CRJ-200 buatan Bombardier itu terhempas ketika menghampiri lapangan terbang Almaty dalam cuaca berkabus.

"Sebanyak lima anak kapal dan 15 penumpang berada di dalam pesawat itu ketika nahas berlaku.

"Menurut maklumat awal, tidak ada seorang pun yang terselamat dalam insiden itu," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Interfax.

SCAT berkata, pesawat yang dalam perjalanan dari lapangan terbang di bandar Kokshetau ke Almaty itu terjunam ketika menghampiri lapangan terbang kira-kira lima kilometer.

Menurut televisyen KTK, pesawat itu terhempas di pinggir bandar Almaty.

Nahas itu berlaku tidak sampai sebulan selepas satu nahas pesawat berlaku yang mengorbankan 27 nyawa, kebanyakannya pegawai tinggi perkhidmatan sempadan negara ini, termasuk pemangku ketua perkhidmatan itu. - AFP


Sumber Dari UTUSAN
Disiarkan Pada : 30/01/2013
Suara

Suara

Suara
Suara