Current song:

Ikut Jejak Ayah

ROSLAN Bek dan Roslina (kanan) melawat Jabah
dan Mcloie di rumah mereka, semalam.
Serian: “Apa yang berlaku pada ayah tidak mematahkan semangat saya bergelar pegawai polis apabila dewasa nanti,” kata Mcloie Micheal, 11, anak tunggal mendiang Deputi Superintendan Micheal Padel, 36, yang terbunuh dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, 2 Mac lalu.

Mcloie yang kini ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tebakang berkata, dia bercita-cita bergelar pegawai polis sejak tahun satu lagi.

Katanya, biarpun pekerjaan itu berisiko dan bapanya terkorban ketika bertugas sedikit pun tidak mengubah cita-citanya, sebaliknya menjadi lebih bersemangat.

“Saya mahu menjaga ibu kerana ini pesanan terakhir ayah. Saya akan meneruskan pembelajaran untuk meraih keputusan cemerlang sekali gus merealisasikan impian saya,” katanya ketika menerima kunjungan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di rumahnya di Kampung Tebakang Bidayuh, semalam.

Kunjungan itu turut disertai Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Roslan Bek Ahmad dan Timbalannya Superintendan Abang Ahmad Abang Julai.

(Sumber Dari METRO 16/03/2013)
Suara

Suara

Suara
Suara