Current song:

Kawalan Di Pulau Bum Bum Diperketat

PERKAMPUNGAN nelayan di Pulau Bum-Bum yang
terletak berdekatan dengan perkampungan Simunul
dan Sri Jaya.
Semporna: Seperti ‘kampung koboi’ sesuai bagi menggambarkan tanggapan pertama terhadap perkampungan Pulau Bum Bum, dekat sini, yang agak tersisih daripada penguatkuasaan pihak berkuasa, bukan kerana tidak dipedulikan, tetapi kerana tidak banyak jenayah di kawasan berkenaan.

Walaupun wujud pelbagai masalah termasuk jenayah seperti penyeludupan dan berkaitan dadah yang biasanya dilakukan pendatang asing, namun ia tidak serius.

Perkampungan Simunul dan Sri Jaya berhampiran, menjadi terkenal selepas menjadi medan tragedi apabila enam anggota polis maut dibunuh dengan kejam oleh pengganas ketika pertempuran dengan pihak berkuasa yang turut menyebabkan tujuh pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, ditembak mati, 2 Mac lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian berdarah itu, kurang pengawasan dilakukan pihak berkuasa, termasuk melakukan pemeriksaan terhadap pendatang asing.

Bagaimanapun, selepas kejadian itu, tahap penguatkuasaan di pulau itu diperketat bagi memburu pengganas serta tali barutnya.

(Sumber Dari METRO 20/03/2013)
Suara

Suara

Suara
Suara