Current song:

Warga Nigeria Protes Di Balai Polis

Keadaan Warga Nigeria yang sedang membuat protes
di Balai Polis Jinjang
KUALA LUMPUR: Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.

Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka. Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

Rajagobal Fokus Piala Asia 2015

RAJAGOBAL (tengah) bakal disiasat mengikut Artikel 88
Statut FAM selepas mengkritik saingan Liga Malaysia.
PENGENDALI Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal 'mengunci mulut' berhubung kontroversi yang melanda dirinya.

Rajagobal bakal disiasat mengikut Artikel 88 Statut FAM selepas mengkritik saingan Liga Malaysia (Liga M) sejurus menyaksikan skuad negara tewas 1-4 kepada Arab Saudi pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, 17 Mac lalu.

Bekas jurulatih Selangor itu didakwa mengeluarkan kenyataan mengenai lambakan penyerang import antara punca skuad negara tidak memiliki penyerang tempatan berwibawa.

Rajagobal berkata, beliau lebih berminat untuk memberikan perhatian kepada persiapan skuad kendaliannya bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Asia 2015.

Begitupun, pengendali berusia 57 tahun itu tetap tenang kerana beliau masih belum menerima sebarang surat pertuduhan dari pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Isu Tolak Aksi Ranjang : Pertahan Prinsip

Fazura
Niatnya hanyalah sekadar mahu menjawab pertanyaan media mengapa tidak lagi kerap berlakon seperti dulu. Namun, tidak pula dia menyangka jawapan jujur itu membuatkan segelintir artis terasa. Jelas Fazura, kelibatnya jarang kelihatan di kaca TV atau filem kerana kebanyakan tawaran yang datang bertentangan dengan prinsipnya.

Tegas pelakon filem Gol dan Gincu ini, seboleh mungkin dia cuba menolak tawaran berlakon yang membabitkan adegan intim serta babak ranjang demi menghormati perasaan ibu tercinta. Baginya, perkara itu lebih kepada prinsip peribadi dan langsung tiada niat untuk menyindir pelakon yang membawakan watak sebegitu.

“Apabila saya memberikan alasan demikian, niat saya hanyalah untuk menjelaskan pada media mengapa saya tidak banyak berlakon sejak kebelakangan ini. Tak sangka pula kenyataan itu disalah tafsir dan dianggap menyindir sesetengah pihak. Memang bukan niat saya untuk menyindir sesiapa,” jelas Fazura ketika ditemui pada majlis pelancaran empat drama terbaru TV3 di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Kencang terima tawaran berlakon 

Mengulas lanjut permintaannya yang dianggap ‘luar biasa’ oleh mereka yang memilih lakonan sebagai mata pencarian, dalam temubual itu, Fazura turut memperbetulkan kekeliruan yang timbul gara-gara kenyataannya.

Serangan Bom Di Thailand, 3 Renjer Maut

Mayat salah seorang daripada tiga anggota renjer 
Thailand yang terbunuh dalam serangan bom
BANGKOK 28 Mac - Suspek kumpulan pemisah membunuh tiga anggota renjer dalam satu serangan bom tepi jalan di selatan Thailand, hari ini.

Serangan itu berlaku di wilayah Narathiwat beberapa jam sebelum pegawai kerajaan Thailand memulakan rundingan damai secara rasmi dengan kumpulan pemisah daripada Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Kuala Lumpur.

Sumber polis melaporkan, dua anggota renjer terbabit mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital. Lima lagi anggota tentera turut cedera akibat terkena serpihan letupan.

Dalam pada itu, rundingan dengan wakil BRN yang dijadual berlangsung sehari itu akan memberi fokus kepada pengurangan pertumpahan darah, menurut Ketua Majlis Kebangsaan Keselamatan Thailand, Paradorn Pattanatabut, sambil mengingatkan proses rundingan akan mengambil masa.

"Hari ini fokus utama ialah bagi mengurangkan keganasan. Kami akan memberi tumpuan kepada usaha membina perasaan saling percaya dan hubungan baik.

Suara

Suara

Suara
Suara