Current song:

Rakyat Terus Dapat Pembelaan: Bajet 2013


KUALA LUMPUR : Bajet 2013 memberi tumpuan kepada pembangunan negara menerusi pertumbuhan ekonomi yang mampan selain memastikan rakyat terus mendapat pembelaan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, agenda pembangunan negara perlu diteruskan dalam Bajet 2013 ketika ekonomi dunia sedang bergolak. "Pembangunan negara adalah satu perkara yang amat penting dalam keadaan ekonomi dunia sedang bergolak. Ia membuktikan kita mampu melaksanakannya dan pada masa sama memenuhi keperluan rakyat," katanya ketika ditemui BH Online di pekarangan bangunan Dewan Negara di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di sini, petang tadi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula berkata, pendekatan Bajet 2013 adalah membanggakan selain kementeriannya turut menikmati peruntukan tambahan.

Malah, katanya, buat pertama kali penambahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diumumkan dalam pembentangan bajet sekali gus disifatkan sebagai satu pengiktirafan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Suara

Suara

Suara
Suara