Current song:

'Sila Undur Che Mat'


Kuala Terengganu: Bola sepak Terengganu semakin panas. Peminat bola sepak skuad Penyu yang kecewa dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diterajui Datuk Che Mat Jusoh melancarkan kempen ‘Asal Bukan Che Mat’ (ABC), mulai Rabu lalu.

Kempen bertemakan “Demonstrasi Kebangkitan Bola Sepak Terengganu’ itu bertujuan menggesa Che Mat melepaskan jawatan dan rombakan dilakukan terhadap pengurusan PBSNT.

Menerusinya peminat terbabit memasang poster ABC di beberapa lokasi di bandar Kuala Terengganu manakala laman facebook bertajuk Rombak PBSNT mendapat lebih 4,000 reaksi yang bersetuju rombakan itu dilakukan.

Jurucakap laman facebook itu, Mohd Arif Kori, berkata kempen ini adalah inisiatif peminat bola sepak dan bukan anjuran mana-mana persatuan atau kelab penyokong.

“Mana-mana peminat bola sepak Terengganu boleh menyertai kempen ini dan mereka boleh meluahkan perasaan mereka melalui facebook berkenaan,” katanya.
Suara

Suara

Suara
Suara