Current song:

Spurs Kejutkan United


LONDON - Gareth Bale menjaringkan satu gol dan membuka gerakan satu lagi jaringan ketika Tottenham mengalahkan Manchester United buat pertama kali selepas 23 tahun di Old Trafford dengan kemenangan 3-2, semalam.

Kekalahan pertama United di laman sendiri musim ini bermakna skuad Alex Ferguson menamatkan saingan hujung minggu pada kedudukan ketiga, empat mata di belakang pendahulu, Chelsea manakala Tottenham naik ke tangga kelima.

Ketika perlawanan baru bermula 90 saat, pertahanan Spurs, Jan Vertonghen meluru ke dalam kotak penalti dan melepaskan rembatan deras yang terkena Jonny Evans untuk gol pembukaan Spurs.

Pada minit ke-32, Spurs mendahului 2-0 apabila Bale menambah gol pasukan pelawat.

United membalas satu gol pada minit ke-51 apabila pemain gantian Wayne Rooney melakukan hantaran silang yang tepat kepada Nani, yang kemudiannya menewaskan penjaga gol Spurs, Brad Friedel.

Dua minit kemudian, Jermain Defoe melepasi kawalan Rio Ferdinand dan melakukan hantaran kepada Bale.


Suara

Suara

Suara
Suara