Current song:

Raja Tak Mahu Lepas


Kuala Lumpur: Seperti dijangka, jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal tetap dengan pendiriannya tidak melepaskan lima pemain Harimau Muda menyertai skuad Ong Kim Swee ke kejohanan jemputan B-21 Piala Thanh Nien di Gia Lai, Vietnam, 13 hingga 21 Oktober ini.

Hasil pertemuan Rajagobal dan Kim Swee semalam, kata putus dibuat penjaga gol Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor dan Gary Steven Robbat (Harimau Muda A) serta Zubir Azmi (Terengganu) perlu mengikut Rajagobal ke Hong Kong untuk aksi persahabatan antarabangsa, 16 Oktober ini. Lantas Kim Swee kini hanya memiliki 25 pelatih untuk ke kejohanan di Vietnam itu 14 pemain Harimau Muda A, dua pemain Harimau Muda B, seorang pemain Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) serta lapan pemain luar dari kelab dan negeri.

Bagi saya, kita perlu realistik dengan barisan pemain yang tinggal. Jika kesemua lima pemain itu ada, sudah pasti saya boleh buat sasaran yang lebih tinggi. Tapi dengan situasi sekarang, saya hanya berani letak sasaran layak ke separuh akhir, kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Suara

Suara

Suara
Suara