Current song:

ASW 2020 Agih 6.6 Sen Seunit

AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi dana Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012, iaitu satu sen lebih tinggi berbanding 6.50 sen seunit tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Hamad Kama Piah Che Othman berkata, agihan berkenaan membabitkan pembayaran berjumlah RM981.89 juta iaitu peningkatan sembilan peratus daripada jumlah RM900.72 juta yang diagihkan pada tahun lalu.

“Dividen yang diagihkan untuk ASW 2020 pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding tahun lalu dan ia secara tidak langsung membuktikan keadaan pasaran yang baik dan memberi kelebihan kepada pelabur,” katanya selepas pengumuman agihan ASW 2020 yang turut dihadiri Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, ASNB berupaya mengagihkan sehingga 8.6 sen seunit untuk tahun ini, namun pihaknya membuat keputusan untuk membawa ke hadapan sebanyak dua sen seunit bagi tahun kewangan yang akan datang bagi membantu pelabur mendapatkan pulangan yang lebih baik.

Suara

Suara

Suara
Suara