Current song:

Wartawan Hilang Di Temui Mati


Dungun: Seorang wartawan sambilan syarikat pengiklanan di Selangor yang dilaporkan hilang selepas masuk hutan di Kampung Pasir Raja, di sini, 17 Ogos lalu, ditemui mati jam 9.45 pagi semalam.

Mangsa, Nian Hoi Chun, 50, dari Jalan Angsana Setapak, Kuala Lumpur, ditemui pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira 33 kilometer dari Kampung Kuala Jengal, di sini. Temui mayat mangsa
Pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada seramai 30 anggota polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung menemui mayat mangsa terlentang di atas batu sebaik terhidu bau busuk.

Rakan mangsa, Lim Siang Hui, 32, berkata, dia menerima SMS daripada mangsa pada jam 10.30 pagi memberitahu dia sudah berada di kawasan Air Terjun Jeram Berdebu.

“Dia menghantar SMS pada 17 Ogos lalu dan mendakwa di kawasan itu mempunyai air terjun tercantik dan sebaik saya menghubunginya kira-kira jam 4 petang telefon mangsa sudah tidak berjawab,” katanya.
Suara

Suara

Suara
Suara